Rabu, 28 Oktober 2009

Bab 3: Metodologi Kajian

Metodologi kajian ialah kaedah melakukan kajian, daripada proses pengumpulan data hingga proses menganalisis data yang diperolehi. Ianya juga adalah asas kepada penerbitan sesebuah kajian dan penyelidikan. Di dalam penyelidikan ini, tiga kaedah metodologi akan digunakan:

A. Semakan Literatur

Proses memahami tajuk kajian serta mengenalpasti sejauh mana kajian telah dilakukan terhadap tajuk yang telah dipilih dilakukan melalui semakan literatur. Maklumat terperinci
dapat diperolehi melalui pembacaan dan kajian keperpustakaan terhadap jurnal , tesis-tesis terdahulu, buku, kertas persidangan, risalah dan keratan akhbar. Data yang diperoleh melalui teori ini akan mengukuhkan dan menyokong perolehan data-data lain yang berjaya dikumpul sama ada melalui soal selidik ataupun temuramah.

B. Soal Kaji Selidik

Soalan kaji selidik adalah elemen penting yang memberikan sebuah pandangan baru mengenai keadaan terkini serta pandangan golongan sasar terhadap tajuk kajian. Di dalam kajian ini, borang soal selidik akan diserahkan kepada 200 pelajar sekolah rendah tahun 4 di kawasan bandar dan luar bandar termasuk ibu bapa dan guru-guru. Soal selidik digunakan bagi melihat sejauh manakah penerimaan merekaterhadap aktiviti permainan minda. Ia juga bertujuan melihat tahap pengetahuan mereka tentang peranan dan kepentingan permainan minda. Keberkesanan usaha pihak sekolah dalam menyuburkan aktiviti permainan minda dapat dikenalpasti. Soal selidik akan dianalisis setelah dikumpulkan.

C. Temu ramah

Sesi temuramah dijalankan bagi mendapatkan pendapat dan pandangan daripada pelajar, guru-guru dan ibu bapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan