Khamis, 22 Oktober 2009

Bab 1: Pernyataan Masalah

1.0 Pengenalan

Bab satu akan memuatkan proposal penyelidikan yang akan dijalankan. Bab ini dibahagikan kepada beberapa bahagian di mana setiap bahagian akan menerangkan dengan lebih lanjut setiap satu daripada perkara di bawah :

1.1 Pernyataan masalah
1.2 Objektif kajian
1.3 Limitasi kajian
1.4 Kepentingan kajian
1.5 Semakan literatur
1.6 Jadual masa
1.7 Rujukan


1.1 Pernyataan masalah

Permainan minda seperti Catur, Sudoku, Sahibba dan lain-lain merupakan aktiviti permainan yang berasaskan kemahiran dalam berfikir. Pada umumnya,permainan yang berbentuk kemahiran ini telah menjadi sebahagian daripada aktiviti indoor orang ramai dan dilakukan pada waktu lapang. Permainan yang terbuka pada semua golongan ini mudah untuk dimainkan sekiranya pengetahuan dan strategi permainan berjaya dikuasai oleh pemain.Aktiviti permainan minda sesuai diperkenalkan di sekolah kerana ia merupakan salah satu medium yang membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam berfikir. Walaubagaimanapun, sejauh mana kebenaran pernyataan ini, belum dapat dikenalpasti. Pelajar sekolah rendah merupakan golongan yang sesuai didedahkan dengan permainan seperti ini. Ini kerana,
Namun, bagaimanakah penerimaan sebenar mereka terhadap aktiviti permainan ini. Masalah ini timbul disebabkan sesetengah masyarakat menganggap permainan minda tidaklah begitu penting dan hanya dimainkan untuk mengisi masa lapang saja.Ada juga individu yang tidak berminat untuk bermain permainan ini dan menganggap ia hanyalah membuang masa.
Selain itu, rata-rata sekolah menjadikan permainan ini sebagai aktiviti indoor pelajar di sekolah.
Apabila minggu peperiksaan berakhir, sesetengah pelajar mengisi masa yang ada di sekolah dengan bermain permainan sebegini. Apa yang menjadi persoalan ialah, sejauhmanakah keberkesanan usaha pihak sekolah dalam menyuburkan aktiviti permainan minda di kalangan pelajarnya.
Justeru, saya akan menjalankan kajian bagi melihat peranan permainan minda dan kepentingannya kepada golongan pelajar. Di samping itu, butiran seperti aktiviti permainan minda yang diperkenalkan di sekolah akan dikaji bagi memantapkan pemahaman terhadap hubung kait di antara permainan minda dan penerimaannya di kalangan pelajar.Sebagai kajian kes, perbandingan akan dilakukan di antara sekolah bandar dan luar bandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan