Jumaat, 23 Oktober 2009

Semakan Literatur

1.7 Semakan Literatur

Di bawah topik pemantapan minda pelajar melalui aktiviti permainan minda, semakan literatur telah dilakukan dengan mencari bahan-bahan rujukan yang relevan dan bersesuaian.

Anne & Joan (1991) mengutarakan beberapa strategi untuk aktiviti di dalam bilik darjah dan mencadangkan beberapa sampel pengajaran yang merangsang dan menggalakkan pemikiran di kalangan pelajar dan guru-guru. Walaubagaimanapun, kajian ini lebih menjerumus kepada teknik guru apabila berhadapan dengan pelajarnya dan tidak memfokuskan permainan sebagai salah satu alat bantuan mengajar .

David (1941) menyatakan beberapa contoh aktiviti permainan yang ideal untuk pelajar sekolah rendah serta strategi bermain permainan tersebut. Namun, kajian beliau lebih memfokuskan corak permainan outdoor dan tidak menyentuh mengenai permainan indoor.

Reeta Bochner (1979) telah menyatakan apabila kanak-kanak semakin membesar, bidang tumpuan mereka meningkat dan mereka berupaya mengikut arahan dengan lebih baik serta lebih gemar melibatkan diri dengan aktiviti bersosial. Kemahiran-kamahiran ini membolehkan kanak-kanak mendapat lebih manfaat daripada aktiviti bermain. Walaubagaimanapun, kajian beliau lebih menghuraikan tentang permainan yang sesuai di anjurkan di majlis hari jadi , bukannya di sekolah.

Dr Abdul Shukor (1992) menyatakan bahawa kurikulum pendidikan dewasa ini sudah semakin maju tetapi terlalu padat. Apa yang dimaksudkan beliau ialah seseorang pelajar terlalu dikelilingi oleh pembelajaran dalam bentuk formal, tidak formal, kokurikulum dan “extra curriculum”. Pendek kata, pelajar-pelajar dihujani oleh pelbagai bentuk pelajaran sehingga kurangnya masa untuk mereka bermain atau berfikir. Ini bukan sahaja mengakibatkan mereka menjadi pasif, malah kurang kreatif. Kajian beliau lebih bertujuan mengajak para pendidik ke arah mengestetikan kurikulum pendidikan di peringkat sekolah supaya kurikulum boleh dihayati dan dilaksanakan dengan berkesan. Beliau turut mencadangkan beberapa cara untuk memasukkan elemen-elemen estetik di dalam pembelajaran. Namun, kajian beliau tidak memfokuskan permainan minda sebagai salah satu medium yang membantu proses pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan